Ketua Pemuda MCA jadi Senator

KUALA LUMPUR 17 Jun – Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Nicole Wong Siaw Ting hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Dr Rais Yatim.

Wong merupakan lantikan yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa hari ini hingga 16 Jun 2025.

Rais ketika mengalu-alukan pelantikan Wong mengucapkan tahniah dan berharap Wong dapat menggalas tanggungjawab sebagai Senator seperti mana yang dilafazkan ketika mengangkat sumpah.

Wong yang ditemui pemberita berkata beliau berharap membawa suara anak muda ke Dewan Negara dengan harapan suara golongan muda juga dapat dibawa ke Parlimen.

“Saya rasa kita kena proaktif sikit sebagai kerajaan, bahawa kita boleh sampaikan mesej yang betul dan tepat selain dapatkan ramai lagi orang muda untuk kembangkan kerajaan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment