Peningkatan kes di Brunei Darussalam

BERAKAS 6 Jun  – Brunei Darussalam merekodkan peningkatan jumlah kes harian  Covid-19 hari ini dengan mencatatkan 379 kes berbanding 344 yang dilaporkan semalam. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, sebanyak 373 kes itu adalah hasil Ujian ART manakala enam kes lagi hasil daripada 292 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 150,781. Katanya , dua kes direkodkan dalam Kategori 4…

Read More

Kes harian di Thailand turun

BANGKOK 6 Jun – Thailand merekodkan penurunan kes harian Covid-19 hari ini selepas mencatatkan 2,162 kes dengan 27 kematian berbanding 3,236 kes dan 27 orang meninggal dunia semalam. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 2,160 kes tempatan dan dua kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,468,955 serta 30,198 kematian. Sehingga Ahad semalam, sebanyak 4,879 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan 4,409,248 manakala 29,509 orang mendapatkan rawatan termasuk 29,509 di hospital. Berdasarkan rekod hospital sebanyak 761 pesakit dalam keadaan kritikal dan 375 bergantung kepada bantuan ventilator. Sementara…

Read More

PM, Presiden berbasikal buluh

JAKARTA 6 Jun – Perdana Menteri Australia Anthony Albanese dan Presiden Indonesia Joko Widodo menunggang basikal buluh bersama hari ini ketika mengadakan rundingan untuk mengeratkan hubungan kedua-dua negara. Selepas perbarisan kawalan kehormat, Jokowi menghadiahkan sebuah basikal kepada Albanese di istana presiden di Bogor yang terletak dekat bandar di selatan ibu kota Jakarta. “Sepeda yang kami gunakan ini sepeda bambu hasil karya Singgih S. Kartono dari Temanggung, Jawa Tengah yang memang dirancang untuk digunakan di jalan raya,” kata Jokowi melalui Facebooknya. Kedua-dua pemimpin itu kemudiannya menanggalkan jaket mereka, memakai topi keledar…

Read More

Kemasukan ke hospital meningkat 11 peratus

PUTRAJAYA 6 Jun – Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital termasuk hospital swasta dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) awam pada 29 Mei hingga 4 Jun (Minggu Epidemiologi 22/2022) meningkat 11 peratus bagi setiap 100,000 penduduk di negara ini. Bagaimanapun, tiada perubahan kepada jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk untuk semua kategori 1 hingga 5. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 turut menunjukkan penurunan berbanding minggu sebelumnya. “Penggunaan katil bukan kritikal menurun 8 peratus; penggunaan katil Unit…

Read More

Kes harian Covid-19 turun

PUTRAJAYA 6 Jun – Kes harian Covid-19 di negara ini semalam menunjukkan sedikit penurunan dengan merekodkan 1,358 berbanding 1,591 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,514,989. Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak dua kes import dilaporkan manakala sebanyak 22,183 kes aktif direkodkan di mana 21,232 sedang menjalani kuarantin di rumah. Dua kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 35,688 orang meninggal dunia setakat semalam. Sementara itu Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 569, menunjukkan penurunan berbanding 756 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 1,369,950 diikuti…

Read More

Elak pertikaian berdepan ‘masalah’

KUALA LUMPUR 6 Jun – Sikap ‘bila sudah merah, kapur salahkan kunyit dan kunyit salahkan kapur’ tidak akan dapat membantu dan membela nasib rakyat yang terhimpit dengan pelbagai dugaan termasuk krisis makanan. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika menitahkan demikian menasihatkan semua pihak mengelakkan pertikaian apabila berhadapan masalah sekuriti makanan dan peningkatan kos sara hidup. “Kita semua seharusnya fokus kepada membantu memulih kemaslahatan rakyat,” titah Seri Paduka sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi di Istana Negara, di sini, hari ini. Titah Seri Paduka krisis sekuriti…

Read More

Momentum terbaik pemulihan ekonomi

KUALA LUMPUR 6 Jun – Proses pemulihan ekonomi negara pasca pandemik berada pada momentum terbaik selepas beberapa langkah diambil menunjukkan hasil memberangsangkan, kata Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata, ia berdasarkan perkembangan ekonomi negara yang mencatat pertumbuhan 3.1 peratus berbanding penguncupan 5.6 peratus pada tahun sebelumnya. Kerajaan juga bertekad memacu ekonomi untuk mencapai pertumbuhan antara 5.3 hingga 6.3 peratus seperti yang diunjurkan, selain komited melonjakkan prestasi perdagangan dan pelaburan negara, termasuk memastikan pelaburan langsung domestik terus dirangsang. Langkah yang diambil mendorong keyakinan komuniti pelabur antarabangsa terhadap prospek pertumbuhan, sekali gus…

Read More

1,021 terima anugerah kebesaran

KUALA LUMPUR 6 Jun – Bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri (B) Mohamed Hashim Mohd Ali mendahului senarai 1,021 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2022 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Beliau dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’. Seramai 18 individu menerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’. Tiga pegawai kanan perkhidmatan awam yang menerima PSM ialah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff; Pengerusi Suruhanjaya…

Read More

780 cacar monyet di negara bukan endemik

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan terdapat sejumlah 780 kes cacar monyet di negara bukan endemik virus itu, peningkatan tiga kali ganda berbanding 257 kes dilaporkan minggu lalu. Laporan WHO yang menyifatkan penilaian kes pada tahap sederhana sebelum ini adalah tidak tepat. Menurut WHO, sejumlah 27 negara yang bukan endemik cacar monyet merekodkan kes jangkitan dengan sebahagian besar dikesan di Eropah dan Amerika Utara, sementara sebilangan kecil di Mexico, Argentina, Maghribi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE). United Kingdom mencatatkan kes tertinggi dengan 207, diikuti dengan Sepanyol 156 dan Portugal dengan…

Read More