Kes harian Covid-19 turun

PUTRAJAYA 6 Jun – Kes harian Covid-19 di negara ini semalam menunjukkan sedikit penurunan dengan merekodkan 1,358 berbanding 1,591 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,514,989.

Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak dua kes import dilaporkan manakala sebanyak 22,183 kes aktif direkodkan di mana 21,232 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dua kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 35,688 orang meninggal dunia setakat semalam.

Sementara itu Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 569, menunjukkan penurunan berbanding 756 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan

1,369,950 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 264 berbanding 297 kelmarin.

Pulau Pinang merekodkan 105 berbanding 110 kelmarin, Perak 90 (92), Negeri Sembilan 81 (80), Johor 61 (34), Sabah 45 (55), Melaka 31 (44), Kedah 29 (31), Wilayah Persekutuan Putrajaya 24 (33), Sarawak 22 (25) dan Pahang 17 (15).

Di bawah 10 kes pula direkodkan Kelantan 9 (5), Perlis 5 (5), Terengganu 5 (7) dan Wilayah Persekutuan Labuan 1 (2).

Related posts

Leave a Comment