780 cacar monyet di negara bukan endemik

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan terdapat sejumlah 780 kes cacar monyet di negara bukan endemik virus itu, peningkatan tiga kali ganda berbanding 257 kes dilaporkan minggu lalu.

Laporan WHO yang menyifatkan penilaian kes pada tahap sederhana sebelum ini adalah tidak tepat.

Menurut WHO, sejumlah 27 negara yang bukan endemik cacar monyet merekodkan kes jangkitan dengan sebahagian besar dikesan di Eropah dan Amerika Utara, sementara sebilangan kecil di Mexico, Argentina, Maghribi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

United Kingdom mencatatkan kes tertinggi dengan 207, diikuti dengan Sepanyol 156 dan Portugal dengan 138.

Dalam laporan terbaharu, WHO memaklumkan ada kalangan kes disahkan tiada kontak rapat dengan kes positif.

Biarpun risiko kepada kesihatan umum kekal rendah, ia mungkin meningkat sekiranya kes berkenaan menular dengan meluas di negara bukan endemik.

Ketika ini kebanyakan kes tidak menunjukkan ciri kilinikal cacar monyet manakala simptom lazim adalah demam, sakit kepala, bengkak, sakit otot dan ruam.

Sebahagian kes pulih dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu.

Related posts

Leave a Comment