Masjid Nabi Ibrahim

PADA 11 Disember 2019,  saya serta rakan-rakan musafir muslim Travenexx berpeluang melawat Masjid Nabi Ibrahim yang terletak di Hebron. Banyak sejarah tersimpan di sini, bukan hanya makam Nabi Ibrahim, dan isteri,  Sarah serta makam Nabi Ishaq dan isteri Ribka dan makam Nabi Ya’qub dan isteri. Seperti Al-Aqsa, masjid ini juga dikawal oleh anggota pasukan keselamatan Israel. Pintu berpalang besi digunakan. Lokasi ini asalnya gua. Di atasnya ada sebuah bangunan persegi panjang besar yang berasal dari zaman Herodian.

Menurut catatan sejarah, ia pernah menjadi gereja selepas ditakluk tentera Salib pada 1100. Pada 1188 diambil alih oleh tentera Muslim yang dipimpin oleh Salahudin Al Ayyubi. Salahuddin juga menambah menara di setiap sudut dan juga menambahkan mimbar. Mimbar yang berusia 800 tahun itu kini masih wujud.

Bahagian masjid ini juga terbahagi dua yang turut dimiliki Yahudi. Dua bahagian ini dipisahkan oleh dinding seperti pintu kayu. Di satu sudut lantai masjid, terdapat ruang untuk melihat sedikit api dari lampu kecil melalui sebuah lubang. Turut tercatat dalam sejarah adalah kejadian 29 orang terbunuh dan 125 lagi cedera angkara tembakan pendatang Yahudi selepas solat Subuh pada 25 Februari 1994.

#travenexx

#ahlanaqsa

#musafimuslim

Related posts

Leave a Comment