Dirgahayu Tuanku

PUTRAJAYA  5 Jun – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob merafak sembah ucapan “Dirgahayu Tuanku” kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Beliau juga berkata, seluruh Keluarga Malaysia dengan penuh hormat dan takzimnya merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Al-Sultan Abdullah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka, esok. “Patik sekalian juga mendoakan semoga Allah SWT terus menganugerahkan Tuanku agar sentiasa dilimpahi hidayah-Nya, juga beroleh ‘Afiah’ dan penuh kedaulatan,” menurut catatan beliau di laman Facebook. Perdana Menteri turut melahirkan harapan semoga Malaysia terus maju di…

Read More

Bawa negara kembali ke persada kejayaan

KUALA LUMPUR 5 Jun – Bawa negara kembali ke persada kejayaan dalam era pascapandemik. Begitulah titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada kerajaan dan semua pihak tanpa mengira fahaman politik, berusaha merencana pelan jangka panjang bagi pemulihan negara. Al-Sultan Abdullah bertitah bagi menempuh gelora masa hadapan dalam era pascapandemik berkenaan, pengurusan negara memerlukan suatu rencana yang bitara, mencakupi pelbagai sektor dan aspek kehidupan. “Pada masa sama, rakyat beta turut berperanan dalam mendokong usaha murni kerajaan disamping terus berusaha mendepani sebarang cabaran. Natijahnya, pemulihan negara memerlukan simbiosis…

Read More

Singapura catat 2,256 kes baharu

SINGAPURA 5 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,256 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini (Ahad) yang terdiri daripada 2,145 jangkitan tempatan dan 111 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,318,984 dengan jumlah kumulatif kematian pula sebanyak 1,393 orang termasuk satu kes meninggal dunia hari ini. Sebanyak 2,013 kes baharu  Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ini terdiri daripada 1,920 kes tempatan dan 93 kes import.p…

Read More

Tahniah sambutan Jubli Platinum

KUALA LUMPUR 5 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan ucapan tahniah kepada Ratu Great Britain, Ratu Elizabeth II, atas sambutan Jubli Platinum yang bermula Khamis lalu. Sambutan itu sempena ulang tahun ke-70 Ratu Elizabeth II bersemayam di atas takhta kerajaan Great Britain. Dalam hantaran melalui Facebook Istana Negara, hari ini, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sukacita kerana Ratu Elizabeth II dikurniakan kesihatan baik dan usia panjang, menjadikan baginda sebagai Ratu paling lama memerintah dalam sejarah Britain. Seri Paduka turut menyifatkan Ratu Elizabeth II sebagai…

Read More

PRU-15 : Tunggu hingga tiada ‘gelombang’

MELAKA 5 Jun – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) wajar ditangguhkan untuk beberapa bulan lagi sehingga fasa peralihan endemik menunjukkan tiada gelombang Covid-19 yang serius, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata gesaan mengadakan PRU-15 dalam masa terdekat bukan datang daripada rakyat, sebaliknya pihak tertentu. Katanya, walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia memastikan keselamatan sekiranya PRU diadakan dalam tempoh terdekat, beliau berpandangan ia wajar ditangguhkan buat masa ini. “Saya rasa kita sudah berjaya di Melaka dan Johor. Jika terpaksa diadakan, KKM boleh menjaga kesihatan awam dan memastikan ia dapat dilaksanakan dengan…

Read More

150,402 kes di Brunei Darussalam

BERAKAS 5 Jun  – Brunei Darussalam terus merekodkan jumlah kes harian melebihi 300 dengan mencatatkan 344, berbanding 379 yang dilaporkan semalam dan 342 kelmarin. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, sebanyak 338 kes itu adalah hasil Ujian ART manakala enam kes lagi hasil daripada 296 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 150,402. Katanya , tiga kes direkodkan dalam Kategori…

Read More

Lagi ADUN Warisan melompat

KOTA KINABALU 5 Jun – Parti Warisan pimpinan Shafie Apdal kehilangan seorang lagi wakil rakyat apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal, keluar parti dan melompat kepada Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat). Rina Jainal, mengumumkan keluar Warisan pada sidang media yang diadakan bersama Presiden Harapan Rakyat Liew Yun Fah, di sini. Lima wakil rakyat yang keluar Warisan ialah Hassan A Ghani Pg Amir (ADUN Sebatik), Dr Yusof Yacob (ADUN Sindumin),  Mohamaddin Ketapi (ADUN Segama/Ahli Parlimen Lahad Datu), Peter Anthony (ADUN Melalap), dan Juil Nuantim (ADUN Limbahau). Beliau…

Read More

Nafi dapat sokongan jadi PM semula

KUALA LUMPUR 5 Jun – Presiden Parti Pribumi Malaysia (Bersatu), Muhyiddin Yassin, menafikan dakwaan kononnya sudah mendapat sokongan Ahli Parlimen untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri. Selain menyifatkan tuduhan terbabit tidak benar, bekas Perdana Menteri itu menegaskan, beliau tidak pernah memberitahu atau mengesahkan kepada sesiapa bahawa sudah mendapat sokongan majoriti terbabit. Beliau menjelaskan , apa yang dibincangkan dalam siri pertemuan dengan beberapa pimpinan parti politik selain Barisan Nasional (BN) adalah untuk merintis persefahaman bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). “Perkara ini dibincangkan secara tidak rasmi apabila terdapat beberapa ahli…

Read More

Hati-hati semasa kenduri haji

JOHOR BAHRU 5 Jun – Tidak salah kenduri doa selamat menunaikan haji tetapi perlu lebih berhati-hati bagi mengelakkan diri bakal jemaah dijangkiti virus Covid-19. Bakal jemaah juga dinasihatkan agar sentiasa menjaga dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). Itu ingatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama,  Idris Ahmad, bagi mengelakkan jadual penerbangan yang diatur untuk mereka terjejas. Beliau difahamkan ada bakal jemaah haji kumpulan pertama, positif Covid-19 sebelum berlepas pertama ke Makkah semalam, terkena jangkitan wabak itu daripada kenduri yang dianjurkan. “Saya dimaklumkan bakal jemaah haji yang positif Covid-19…

Read More

Jemaah haji pertama tiba di Madinah

MADINAH 5 Jun – Jemaah haji Indonesia, India dan Malaysia adalah antara kumpulan pertama yang tiba sempena musim haji 1443 / 2022 semalam. Ini diikuti jemaah dari Bangladesh dan Pakistan. Sementara itu 295 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz kira-kira pukul 9.30 malam tadi waktu Malaysia. Ketibaan mereka di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick yang terletak bersebelahan dengan pekarangan Masjid An Nabawi disambut oleh Konsul Haji Mohammad Saimi Mat Som, Konsul di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Farah Syafina Bahari dan Muhammad Hafiz Bahar Ketua…

Read More