Jemaah haji pertama tiba di Madinah

MADINAH 5 Jun – Jemaah haji Indonesia, India dan Malaysia adalah antara kumpulan pertama yang tiba sempena musim haji 1443 / 2022 semalam.

Ini diikuti jemaah dari Bangladesh dan Pakistan.

Sementara itu 295 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz kira-kira pukul 9.30 malam tadi waktu Malaysia.

Ketibaan mereka di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick yang terletak bersebelahan dengan pekarangan Masjid An Nabawi disambut oleh Konsul Haji Mohammad Saimi Mat Som, Konsul di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Farah Syafina Bahari dan Muhammad Hafiz Bahar Ketua Canseri, Konsulat Malaysia di Jeddah.

Seramai 14,306 orang jemaah haji Malaysia akan menunaikan ibadat Rukun Islam kelima itu pada tahun ini dan mereka dijadualkan tiba di Madinah serta Makkah secara berperingkat.

Related posts

Leave a Comment