Lagi ADUN Warisan melompat

KOTA KINABALU 5 Jun – Parti Warisan pimpinan Shafie Apdal kehilangan seorang lagi wakil rakyat apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal, keluar parti dan melompat kepada Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).

Rina Jainal, mengumumkan keluar Warisan pada sidang media yang diadakan bersama Presiden Harapan Rakyat Liew Yun Fah, di sini.

Lima wakil rakyat yang keluar Warisan ialah Hassan A Ghani Pg Amir (ADUN Sebatik), Dr Yusof Yacob (ADUN Sindumin),  Mohamaddin Ketapi (ADUN Segama/Ahli Parlimen Lahad Datu), Peter Anthony (ADUN Melalap), dan Juil Nuantim (ADUN Limbahau).

Beliau turut menyerahkan borang permohonan menyertai Harapan Rakyat yang menyatakan pendirian mesra kerajaan Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (BN).

Katanya, tindakan keluar Warisan dilakukan atas kerelaannya sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, dan akan meneruskan perjuangan untuk rakyat.

“Tindakan saya ini tidak dipengaruhi mana-mana pihak dan tiada perselisihan antara saya dengan pimpinan Warisan sebelum ini.

Ia atas faktor rakyat di kawasan saya wakili kerana hanya GRS dapat membangunkan ekonomi setempat, setakat ini,” katanya.

Related posts

Leave a Comment