Thailand catat 2,569 kes baharu

BANGKOK 30 Jun – Thailand merekodkan 2,695 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam berbanding 2,569 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,522,915.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada jumlah itu, 2,690 adalah kes dalam kalangan penduduk awam dan lima lagi kes import.

Jumlah kes baharu itu bagaimanapun tidak termasuk 4,034 ujian positif hasil ujian antigen yang dilakukan dalam tempoh 24 jam.

Setakat Rabu, sebanyak 23,931 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk

10,587 di hospital, 1,216 di kemudahan hospital dan 12,099 di rumah atau pusat pengasingan komuniti.

Di hospital sebanyak 684 kes dalam keadaan kritikal dan 290 bergantung kepada bantuan ventilator.

Sebanyak 1,779 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,468,336 orang pulih.

Bagi 14 kematian, kesemua kes melibatkan mereka yang berumur lebih daripada 60 tahun dan terdedah dengan pelbagai penyakit kronik di mana enam atau 43% tidak pernah diberi vaksin dan enam lagi menerima dos vaksin kedua lebih tiga bulan lalu.

Jumlah keseluruhan kematian setakat ini adalah 30,648 orang termasuk 8,950 yang dilaporkan tahun ini.

Related posts

Leave a Comment