Kes sembuh Brunei Darussalam meningkat

BERAKAS 30 Jun – Jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan sembuh di Brunei Darussalam meningkat kepada 160,083 orang berikutan 827 lagi pesakit pulih.

Menurut carta Status Harian Normal Baharu Covid-19, tiada kes baharu bagi kategori 5 iaitu memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Bagaimanapun terdapat lima kes dalam kategori 4 iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Mengenai program vaksinasi, sebanyak 73.1 peratus daripada keseluruhan penduduk negara ini telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19, manakala 14.9 peratus mendapatkan dos keempat.

Sebanyak 74.6 peratus kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun mendapatkan dua dos vaksin Covid-19 manakala 49.9 peratus remaja 12 hingga 17 tahun telah mendapatkan dos ketiga vaksin.

Untuk rekod, mulai 22 Jun 2022, jumlah kes baharu dan aktif harian tidak lagi diumumkan memandangkan Brunei Darussalam sudah menamatkan Fasa Awal Endemik.

Related posts

Leave a Comment