Kes harian Singapura 9,505

SINGAPURA 30 Jun – Dua hari berturut-turut Singapura merekodkan kes harian Covid-19 melebihi 9,000 kes apabila 9,505 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 9,392 yang dilaporkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes harian setakat pukul 12 tengah hari itu melibatkan 8,929‬ jangkitan tempatan dan 576 kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,444,068.

Dua lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,413 orang telah meninggal dunia sejak pandemik bermula.

Sebanyak 8,742 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes terdiri daripada 8,198 kes tempatan dan 544 kes import manakala 763‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 731 adalah jangkitan tempatan, dan 32 adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.62, turun sedikit berbanding 1.65 semalam. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin meningkat.

Sementara itu, sebanyak 483 pesakit masih dirawat di hospital, di mana 49 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 11 dipantau rapi di ICU manakala

5,485 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat 29 Jun, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment