Bincang pelantikan jawatan

KUALA LUMPUR 30 Jun – Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-259 yang bersidang dua hari sejak semalam di Istana Negara, antara lain membincangkan pelantikan beberapa jawatan termasuk Timbalan Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), Pengerusi dan Ahli Dilantik Jawatankuasa bawah MKI.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad, berkata turut dibincangkan adalah pelantikan Hakim Mahkamah Khas dan Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), selain beberapa kertas makluman daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Selain itu, perkara mengenai calon penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2022 dan Peraturan-peraturan MKI 2022 turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

“PMajlis juga disembahkan taklimat terkini mengenai keselamatan oleh Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, dan pertahanan negara oleh Panglima Angkatan Tentera, Affendi Buang

Majlis juga mendengar taklimat mengenai Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed.

Syed Danial dalam kenyataannya berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menghadiri hari kedua mesyuarat itu, diiringi Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Related posts

Leave a Comment