Melaka rai pengamal media sempena HAWANA

ALOR GAJAH 28 Mei – Pengamal media malam ini dirai pada majlis makan anjuran kerajaan negeri Melaka sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 di bandar raya bersejarah ini. Kemuncak sambutan HAWANA 2022 bertemakan ‘Suara Jelata, Aspirasi Negara’ yang dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok, akan menjadi perhimpunan terbesar wartawan dan pengamal media tanah air. Majlis makan malam di A Famosa Resort itu, dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Majlis itu turut dihadiri 15 wakil media…

Read More

Bukan kejutan cacar monyet di Singapura

SINGAPURA 28 Mei – Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata, bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika Singapura mengesan kes cacar monyet dalam masa beberapa minggu akan datang. Ini berikutan penduduk negara ini melakukan perjalanan ke luar negara secara meluas di samping kedudukan Singapura sebagai sebuah hab komersial dan antarabangsa. Beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa Singapura sudah menetapkan protokol-protokol dan langkah-langkah kesihatan awam yang diperlukan selepas kes import cacar monyet dilaporkan di sini pada 2019. “Cacar monyet sangat tidak mungkin menjadi pandemik seperti Covid-19. Kebanyakannya menular melalui sentuhan fizikal rapat dan bukan…

Read More

Kes di Brunei Darussalam meningkat

BERAKAS 28 Mei  – Jumlah kes harian Covid-19 di Brunei Darussalam hari ini meningkat semula apabila merekodkan 205 berbanding 174 kes semalam  menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 147,872. Menteri Pertahanan II, Halbi Mohd Yussof, yang mewakili Menteri Kesihatan berkata, sebanyak 204 kes itu adalah hasil Ujian ART manakala satu kes lagi hasil daripada 273 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, satu kes direkodkan dalam Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan…

Read More

Thailand catat 4,488 kes baharu

BANGKOK 28 Mei – Thailand merekodkan 4,488 lagi kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam berbanding 4,837 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,438,999 kes setakat hari ini. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 38 lagi meninggal dunia berbanding 29 orang semalam yang membawa kepada jumlah kematian 29,948 orang. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 4,476 adalah kes dalam kalangan penduduk awam dan 12 penghuni penjara. Sehingga tengah malam Jumaat, sebanyak 46,734 orang mendapatkan rawatan  Covid-19 termasuk 18,874 di hospital dan 21,464 di rumah dan pusat pengasingan komuniti. Dalam kalangan pesakit…

Read More

Zuraida masih menteri Kabinet

TOKYO 28 Mei – Kedudukan Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi masih kekal selagi tiada keputusan dibuat dan masih boleh menghadiri mesyuarat Kabinet Rabu ini, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, setakat ini Zuraida tidak membuat tindakan rasmi untuk berhenti dari Kabinet dan beliau selaku Perdana Menteri juga tidak memecat Ahli Parlimen Ampang itu. “Keputusan terakhir kepada Perdana Menteri. Jadi oleh kerana masih terlalu awal untuk buat keputusan kerana belum ada perjumpaan, kita bincang dan sebagainya, saya tak komen (lanjut) lah Apa tindakan seterusnya, tunggu saya balik…

Read More

Lagi 8,273 kanak-kanak lengkap dos

PUTRAJAYA 28 Mei – Sebanyak 8,273 lagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini mendapatkan dos kedua atau lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,152,515 atau 32.5 peratus kanak-kanak kumpulan umur itu melengkapkan vaksinasi mereka. Menurut laman sesawang COVIDNOW, semalam juga sebanyak 7,942 mendapatkan dos pertama menjadikan 1,701,913 atau 48 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,912,165 atau 93.6 peratus sudah lengkap menerima vaksinasi…

Read More

Selangor catat kes harian tertinggi

PUTRAJAYA 27 Mei – Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini semalam merekodkan 1,877 turun sedikit berbanding 1,845 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,500,934 kes. Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 909 berbanding 851 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 1,363,627. Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 221 (274), Negeri Sembilan 125 (112), Perak 121 (109), Pulau Pinang 106 (117), Sabah 76 (75), Melaka 62 (49), Kedah 58 (36), Wilayah Persekutuan Putrajaya 58 (49), Sarawak 46…

Read More