Selangor catat kes harian tertinggi

PUTRAJAYA 27 Mei – Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini semalam merekodkan 1,877 turun sedikit berbanding 1,845 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,500,934 kes.

Menurut data laman COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 909 berbanding 851 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 1,363,627.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 221 (274), Negeri Sembilan 125 (112),

Perak 121 (109), Pulau Pinang 106 (117), Sabah 76 (75), Melaka 62 (49), Kedah 58 (36), Wilayah Persekutuan Putrajaya 58 (49), Sarawak 46 (72), Johor 44 (44),

Pahang pula merekodkan 23 kes berbanding 25 semalam, Kelantan 11 (15), Terengganu 10 (11), Wilayah Persekutuan Labuan 4 (3) dan Perlis 3 (3).

Related posts

Leave a Comment