Kes di Brunei Darussalam meningkat

BERAKAS 28 Mei  – Jumlah kes harian Covid-19 di Brunei Darussalam hari ini meningkat semula apabila merekodkan 205 berbanding 174 kes semalam  menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 147,872.

Menteri Pertahanan II, Halbi Mohd Yussof, yang mewakili Menteri Kesihatan berkata, sebanyak 204 kes itu adalah hasil Ujian ART manakala satu kes lagi hasil daripada 273 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, satu kes direkodkan dalam Kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Tiada kes dilaporkan bagi Kategori 5.

Beliau memberitahu , sebanyak 270 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 146,186 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 1,463 iaitu tiga kes sedang dirawat di hospital, manakala 1,460 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu semalam, sebanyak  28 dos pertama vaksin Covid-19 telah diberikan kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun menjadikan jumlah keseluruhan 34,293 atau 79.9 peratus telah menerima satu dos.

Sebanyak 72 dos kedua diberikan kepada kanak-kanak pada usia berkenaan menjadikan 19,186 dos atau 44.7 peratus menerima dua dos manakala 70.2 peratus penduduk dewasa mendapat dos ketiga.

Related posts

Leave a Comment