Lagi 8,273 kanak-kanak lengkap dos

PUTRAJAYA 28 Mei – Sebanyak 8,273 lagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini mendapatkan dos kedua atau lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,152,515 atau 32.5 peratus kanak-kanak kumpulan umur itu melengkapkan vaksinasi mereka.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, semalam juga sebanyak 7,942 mendapatkan dos pertama menjadikan 1,701,913 atau 48 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,912,165 atau 93.6 peratus sudah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,008,698 atau 96.7 peratus daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Di samping itu, sejumlah 16,091,882 atau 68.4 peratus golongan dewasa sudah menerima dos penggalak manakala 22,974,021 atau 97.6 peratus sudah lengkap dua dos dan 23,250,491 atau 98.8 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 18,886 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam membabitkan 8,536 dos pertama, 8,774 dos kedua dan 1,576 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,877,636.

Related posts

Leave a Comment