Baik pulih kubah

Kerja-kerja naik taraf dan baik pulih kubah utama Masjid Putra, Putrajaya terus berjalan. Dalam tempoh itu, Dewan Solat Utama dan Dewan Solat Wanita Masjid Putra, Putrajaya ditutup selama 11 bulan mulai 30 Mei lalu bagi kerja membaikpulih dan menaiktaraf kubah utama masjid itu.

Kerja membaikpulih oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dijangka siap 16 April 2022.

Ketika ini aktiviti solat fardu berjemaah dan solat Jumaat diteruskan di Sahn Kanan Dewan Solat Utama dengan kapasiti bilangan jemaah tertakluk kepada SOP semasa oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Related posts

Leave a Comment