Lonjakan kes harian di Singapura

SINGAPURA 18 Mei – Selepas tiga hari berturut-turut merekodkan kes harian melebihi 2,000, angka jangkitan Covid-19 di Singapura hari inj mencecah 6,442 setakat pukul 12 tengah hari ini. Kes baharu itu terdiri daripada 6,289 jangkitan tempatan dan 153 kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,254,113. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dua kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,369 orang meninggal dunia. Sebanyak 5,976 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Daripada 5,976…

Read More

Thailand catat 5,633 kes baharu

BANGKOK 18 Mei – Thailand merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 hari ini apabila mencatatkan 5,633 berbanding 3,893 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,388,610 kes. Bagaimanapun jumlah kes baharu itu tidak termasuk 5,652 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada 11,285 kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 29,595 orang termasuk 45 orang yang meninggal dunia hari ini berbanding 38 orang semalam. Sebanyak 8,042 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,298,132 orang pulih daripada jangkitan Covid-19. Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 60,883 orang…

Read More

Brunei Darussalam catat 300 kes

BERAKAS 18 Mei  – Brunei Darussalam hari ini mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 apabila merekodkan 300 kes baharu berbanding 265 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang direkodkan setakat ini 145,521. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 298 adalah hasil Ujian ART dan dua kes lagi hasil daripada 343 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes direkodkan dalam Kategori 5, dan Kategori 4. Katanya,…

Read More

Jangan selesa dengan pengeluar

INDIA melarang eksport gandum berkuat kuasa serta-merta. Satu lagi tindakan serta-merta apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung kelulusan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal, Australia. Maknanya sedikit sebanyak makanan berasaskan gandum dan daging akan terjejas. Benar kita ada pilihan negara lain tetapi jika negara berkenaan juga berdepan masalah yang sama, apa jalan keluarnya? Mungkin berlaku lonjakan harga. Sementara di luar keperluan asas, harga durian kemungkinan naik termasuk musang king yang khabarnya mencecah RM80 sekilogram di seluruh negara pada musim akan datang.  Namun musang king hanya melibatkan keperluan kelompok tertentu.…

Read More

97.6 peratus dewasa lengkap dua dos

PUTRAJAYA 18 Mei – Sebanyak 1,073,551 atau 30.2 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Angka itu meningkat berikutan seramai 7,633 lagi kanak-kanak tampil melengkapkan vaksinasi mereka sepanjang semalam. Menurut laman web COVIDNOW, pada masa yang sama 2,798 kanak-kanak tampil mendapatkan dos pertama menjadikan 1,650,581 atau 46.5 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,906,035 atau 93.4 peratus telah lengkap menerima vaksinasi…

Read More

HFMD: Melaka tutup 12 premis

MELAKA 18 Mei – Sebanyak 12 premis berkaitan jagaan kanak-kanak terpaksa ditutup selepas Melaka mencatatkan 1,378 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) setakat 14 Mei lalu. EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata penutupan tadika, taska dan pusat penjagaan kanak-kanak adalah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana wabak HFMD di premis terbabit. Peningkatan semula bilangan kes HFMD yang dilaporkan adalah selepas cuti Aidilfitri yang berlaku atas faktor pergerakan dan taska, tadika serta pusat penjagaan beroperasi semula. “Terdapat peningkatan 1,322 kes atau 24.6…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.97

PUTRAJAYA 18 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara turun kepada 0.97 semalam berbanding 1.04 kelmarin. Berdasarkan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, melalui Facebooknya, enam negeri melepasi kadar 0.97. Empat negeri melepasi 1.00 didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan kadar  1.08, Sabah 1.04, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.03 dan Pulau Pinang 1.02 manakala Negeri Sembilan dan Kedah  masing-masing merekodkan 0.98. Ini diikuti Perak 0.95, Pahang dan Melaka masing-masing 0.94, Johor 0.92, Selangor 0.89 dan Sarawak 0.82. Sementara itu Kelantan merekodkan 14 kes, Terengganu 13 kes,…

Read More

Catat penurunan kes harian

PUTRAJAYA 18 Mei – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini terus merekodkan penurunan apabila mencatatkan 1,469 kes berbanding 1,697 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 4,481,278 kes. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,466 membabitkan penularan tempatan dan tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Menerusi data laman sesawang COVIDNOW, empat negeri mencatatkan pertambahan tiga angka iaitu Selangor sebanyak 615 kes, diikuti Kuala Lumpur (219), Pulau Pinang (123) dan Negeri Sembilan (112). Sebanyak 95 kes dilaporkan di Perak, Johor (64), Kedah (59), Melaka (34), Putrajaya (32), Sarawak (297),…

Read More