Thailand catat 5,633 kes baharu

BANGKOK 18 Mei – Thailand merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 hari ini apabila mencatatkan 5,633 berbanding 3,893 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,388,610 kes.

Bagaimanapun jumlah kes baharu itu tidak termasuk 5,652 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada 11,285 kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 29,595 orang termasuk 45 orang yang meninggal dunia hari ini berbanding 38 orang semalam.

Sebanyak 8,042 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,298,132 orang pulih daripada jangkitan Covid-19.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 60,883 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk 23,432 di hospital di mana 1,160 dalam keadaan kritikal dan 568 bergantung kepada bantuan ventilator.

Bangkok terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,488 kes diikuti Surin 204, Buri Ram 187, Khon Kaen 180, Ubon Ratchathani 161, Chon Buri 113, Roi Et 109, Samut Prakan 99 dan Yasothon 88.

Related posts

Leave a Comment