Kadar kebolehjangkitan 0.97

PUTRAJAYA 18 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara turun kepada 0.97 semalam berbanding 1.04 kelmarin.

Berdasarkan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, melalui Facebooknya, enam negeri melepasi kadar 0.97.

Empat negeri melepasi 1.00 didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan kadar  1.08, Sabah 1.04, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.03 dan Pulau Pinang 1.02 manakala Negeri Sembilan dan Kedah  masing-masing merekodkan 0.98.

Ini diikuti Perak 0.95, Pahang dan Melaka masing-masing 0.94, Johor 0.92, Selangor 0.89 dan Sarawak 0.82.

Sementara itu Kelantan merekodkan 14 kes, Terengganu 13 kes, Wilayah Persekutuan Labuan enam kes dan Perlis lima kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment