3,383 kes, 54 kematian di Saudi

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Arab Saudi melaporkan 3,383 kes baharu Covid-19 dan 54 lagi kematian.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 197,608 manakala kematian mencecah 1,752.

MOH juga merekodkan 4,909 kes sembuh menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 137,669 kes.

Kes aktif pula 58,187 dan kes kritikal 2,287.

Sementara itu, Riyadh kembali mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 397, diikuti Al Hafouf 277, Makkah 271, Madinah 179, Jeddah 164 dan Dammam 141.

Related posts

Leave a Comment