Catat penurunan kes harian

PUTRAJAYA 18 Mei – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini terus merekodkan penurunan apabila mencatatkan 1,469 kes berbanding 1,697 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 4,481,278 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,466 membabitkan penularan tempatan dan tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Menerusi data laman sesawang COVIDNOW, empat negeri mencatatkan pertambahan tiga angka iaitu Selangor sebanyak 615 kes, diikuti Kuala Lumpur (219), Pulau Pinang (123) dan Negeri Sembilan (112).

Sebanyak 95 kes dilaporkan di Perak, Johor (64), Kedah (59), Melaka (34), Putrajaya (32), Sarawak (297), Sabah (27), Pahang (22), Kelantan (14), Terengganu (13), Labuan (enam) dan Perlis (lima).

Terdapat 30,509 kes aktif di negara ini dan daripada jumlah itu, sebanyak 95.9 peratus atau 29,271 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, sebanyak 1,182 kes pula sedang mendapatkan rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (20), Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (19) serta ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan (17).

Setakat semalam terdapat tiga kes kematian dilaporkan dan dua daripadanya membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia menjadikan sehingga kini sebanyak 35,623 kes kematian akibat jangkitan berkenaan.

Daripada jumlah itu, terdapat 7,545 kes pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan manakala 1,836 kes sembuh dilaporkan.

Related posts

Leave a Comment