Lonjakan kes harian di Singapura

SINGAPURA 18 Mei – Selepas tiga hari berturut-turut merekodkan kes harian melebihi 2,000, angka jangkitan Covid-19 di Singapura hari inj mencecah 6,442 setakat pukul 12 tengah hari ini.

Kes baharu itu terdiri daripada 6,289 jangkitan tempatan dan 153 kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,254,113.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dua kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,369 orang meninggal dunia.

Sebanyak 5,976 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Daripada 5,976 kes itu, sebanyak 5,836 adalah jangkitan tempatan dan 140 kes import manakala 466 kes disahkan menerusi ujian PCR yang melibatkan 453 jangkitan tempatan dan 13 adalah kes import.

Sementara itu, seramai 288 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 275 semalam di mana 45 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan lapan dipantau rapi di ICU

Seramai 2,781 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat semalam, Selasa (11 Mei), sebanyak 96 peratus penduduk Singapura layak divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Sebanyak 93 peratus menerima satu dos, 92 peratus lengkap dua dos dan 75 peratus sudah disuntik dos penggalak:

Related posts

Leave a Comment