Thailand catat 6,094 kes baharu

BANGKOK 15 Mei – Thailand merekodkan 6,094 kes baharu Covid-19 dengan 51 kematian hari ini berbanding 6,736 kes dan 54 meninggal dunia semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,373,846 dan 29,472 orang meninggal dunia sejak pandemik bermula. Daripada jumlah kes baharu itu, 6,092 adalah kes tempatan dan dua kes import iaitu dari Australia dan Taiwan. Kes sembuh pula merekodkan 4,273,599 apabila 8,601 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh hari inj dan dibenarkan keluar hospital.. Setakat semalam, sebanyak 70,775 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk 25,527 di hospital dan 35,603 menjalani isolasi…

Read More

2,651 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 15 Mei – Kementerian Kesihatan melaporkan 2,651 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini melibatkan 2,594 jangkitan tempatan dan 57 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,242,884 dengan satu kematian menjadikan jumlah kumulatif kematian pula 1,363 orang. Sebanyak 2,295 kes baharu Protokol 2 direkodkan, terdiri daripada 2,253 jangkitan tempatan dan 42 kes import. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 356 lagi kes disahkan menerusi ujian PCR…

Read More

Pindaan, PRU proses berbeza

KUALA LUMPUR 15 Mei –  Pindaan Perlembagaan UMNO berkaitan pemilihan parti tidak mempengaruhi penentuan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana ia membabitkan proses yang berbeza. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, usul pindaan yang diluluskan UMNO adalah berkaitan pemilihan dalam parti, sementara keputusan untuk mengadakan PRU, ditentukan kerajaan. “Tarikh (PRU) itu ditetapkan oleh kerajaan dengan keputusan dari mesyuarat Kabinet. Kita akan bawa dalam Kabinet. Sementara parti berbeza dengan kerajaan. “Parti pun tahu, kalau ada cadangan (untuk diadakan PRU) akan bawa ke Kabinet dan Kabinet yang memutuskan. Kalau pun Kabinet…

Read More

PAU Khas lulus pindaan

KUALA LUMPUR 15 Mei – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas hari ini meluluskan usul pindaan Perlembagaan UMNO bagi membolehkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) diberi pilihan menentukan tempoh masa pemilihan parti. Usul diluluskan sebulat suara oleh 2,586 perwakilan UMNO dari 192 bahagian di seluruh negara yang hadir di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini. Dengan kelulusan itu, MKT UMNO akan diberi dua pilihan di bawah fasal 10.16 Perlembagaan UMNO, sama ada untuk melanjutkan selama 18 bulan tempoh pemilihan parti atau dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya…

Read More

Pindaan libatkan tiga fasal

KUALA LUMPUR 15 Mei – Pindaan Perlembagaan UMNO melalui Perhimpunan Agung (PAU) Khas membabitkan hanya tiga fasal iaitu Fasal 10.16, Fasal 15.3 dan Fasal 18.2, kata Naib Presiden, Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata, pemilihan parti tetap diadakan tiga tahun sekali seperti yang terkandung dalam Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO. Katanya, sebaliknya peruntukan dan fasal baharu yang dipinda dan dimasukkan adalah fasal pengecualian kepada pemilihan tiga tahun sekali itu. “Fasal pertama yang dipinda adalah Fasal 10.16 yang sekarang ini memperuntukkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berhak menangguhkan pemilihan di peringkat MKT, Bahagian dan…

Read More

Zahid nafi jaga kedudukannya

KUALA LUMPUR 15 Mei – Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan bahawa pindaan Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO hari ini untuk mempertahankan kedudukannya dalam parti. Sebaliknya beliau berkata, pindaan itu dibuat hasil usul yang dibawa dari mesyuarat perwakilan UMNO bahagian-bahagian sebelum ini. Beliau berkata usul supaya pemilihan dalam UMNO ditangguhkan dibuat oleh 180 bahagian UMNO pada mesyuarat agung masing-masing sebelum ini. “Saya mendengar adanya suara-suara dalam kalangan kita, kononnya pindaan ini untuk menyelamatkan kedudukan Zahid Hamidi sebagai Presiden. Suka saya tegaskan, ia tidak benar. Saya sekali-kali tidak akan melakukannya.…

Read More

Kes baharu Covid-19 catat 2,373

PUTRAJAYA 15 Mei – Kes baharu Covid-19 di negara ini terus mencatatkan pertambahan empat angka tetapi menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 2,373 kes semalam berbanding 3,029 kelmarin. Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu dikesan membabitkan 2,370 kes penularan tempatan dengan tiga lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Dengan pertambahan kes baharu itu menjadikan sehingga kini jumlah individu yang dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,475,873 kes. Setakat semalam, negara mempunyai sebanyak 29,762 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah berkenaan sebanyak 95.5 peratus atau 28,425 kes…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.16

PUTRAJAYA 15 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Rodi seluruh negara turun sedikit semalam selepas mengalami kenaikan secara mendadak sejak beberapa hari lalu. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, melalui Facebooknya, kadar yang direkodkan semalam adalah 1.16 berbanding 1.18 kelmarin. Bagaimanapun tiada negeri mengatasi atau menyamai angka itu dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.13, sama seperti kelmarin. Ini diikuti Melaka 0.97, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang masing-masing 0.96, Sabah 0.93, Negeri Sembilan 0.91. Kedah pula mencatatkan 0.89, Pahang dan Perak masing-masing…

Read More

Klip video, Dr Afifi mohon berundur

IPOH 15 Mei – Dewan Negara Perak mengesahkan menerima surat ‘mohon berundur’ daripada Dr Afifi al-Akiti sebagai Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, Orang Besar Delapan Negeri Perak. Dr Afifi merangkap Penasihat Rasmi Sultan Perak dalam hal ehwal Islam mengutuskan surat itu yang bertarikh 15 Mei 2022. Setiausaha Dewan Negara Perak, Toh Amar Seri Diraja Ayop Hashim, berkata warkah itu memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk berundur daripada menyandang gelaran terbabit. “Warkah beliau sudah diangkat sembah untuk pertimbangan Sultan Nazrin. Baginda menzahirkan penghargan atas segala khidmat bakti yang…

Read More