Kadar kebolehjangkitan 1.16

PUTRAJAYA 15 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Rodi seluruh negara turun sedikit semalam selepas mengalami kenaikan secara mendadak sejak beberapa hari lalu.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, melalui Facebooknya, kadar yang direkodkan semalam adalah 1.16 berbanding 1.18 kelmarin.

Bagaimanapun tiada negeri mengatasi atau menyamai angka itu dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.13, sama seperti kelmarin.

Ini diikuti Melaka 0.97, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang masing-masing 0.96, Sabah 0.93, Negeri Sembilan 0.91.

Kedah pula mencatatkan 0.89, Pahang dan Perak masing-masing 0.86, Terengganu 0.84, Johor 0.83, Selangor 0.78, dan Sarawak 0.76.

Sementara itu Kelantan merekodkan 11 kes diikuti Perlis enam kes dan Wilayah Persekutuan Labuan tiga kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment