Thailand catat 6,094 kes baharu

BANGKOK 15 Mei – Thailand merekodkan 6,094 kes baharu Covid-19 dengan 51 kematian hari ini berbanding 6,736 kes dan 54 meninggal dunia semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,373,846 dan 29,472 orang meninggal dunia sejak pandemik bermula.

Daripada jumlah kes baharu itu, 6,092 adalah kes tempatan dan dua kes import iaitu dari Australia dan Taiwan.

Kes sembuh pula merekodkan 4,273,599 apabila 8,601 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh hari inj dan dibenarkan keluar hospital..

Setakat semalam, sebanyak 70,775 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk 25,527 di hospital dan 35,603 menjalani isolasi di rumah dan pusat masyarakat.

Sebanyak 1,304 yang kritikal di hospital dan 643 bergantung kepada ventilator di mana Bangkok merekodkan kes kritikal tertinggi 127 kes, diikuti 79 kes di Nakhon Ratchasima, 61 di Ubon Ratchathani, 49 di Udon Thani dan  43 di Suphan Buri.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 2,152, diikuti Surin 275, Buri Ram 201, Samut Prakan 172 dan  Khon Kaen 167.

Mengenai vaksinasi, setakat semalam, sebanyak 135.59 juta dos telah didaftarkan di mana 81.3 peratus penduduk telah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos, 74.7 peratus dua dos dan 39.0 peratus satu dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment