2,651 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 15 Mei – Kementerian Kesihatan melaporkan 2,651 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini melibatkan 2,594 jangkitan tempatan dan 57 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,242,884 dengan satu kematian menjadikan jumlah kumulatif kematian pula 1,363 orang.

Sebanyak 2,295 kes baharu Protokol 2 direkodkan, terdiri daripada 2,253 jangkitan tempatan dan 42 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 356 lagi kes disahkan menerusi ujian PCR iaitu 341 adalah jangkitan tempatan manakala 15 adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.39, jatuh berbanding 1.42 semalam.Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin merosot.

Sementara itu, seramai 274 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 260 semalam, 36 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 9 kes di ICU dipantau rapi.

Seramai 3,897 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat Sabtu , sebanyak 96 peratus penduduk Singapura yang layak divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment