Pindaan, PRU proses berbeza

KUALA LUMPUR 15 Mei –  Pindaan Perlembagaan UMNO berkaitan pemilihan parti tidak mempengaruhi penentuan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana ia membabitkan proses yang berbeza.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, usul pindaan yang diluluskan UMNO adalah berkaitan pemilihan dalam parti, sementara keputusan untuk mengadakan PRU, ditentukan kerajaan.

“Tarikh (PRU) itu ditetapkan oleh kerajaan dengan keputusan dari mesyuarat Kabinet. Kita akan bawa dalam Kabinet. Sementara parti berbeza dengan kerajaan.

“Parti pun tahu, kalau ada cadangan (untuk diadakan PRU) akan bawa ke Kabinet dan Kabinet yang memutuskan. Kalau pun Kabinet sudah memutuskan tarikh, Kabinet akan beri mandat kepada saya untuk berbincang dengan Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas itu hari ini.

Ditanya dakwaan perlunya kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) terhadap pindaan itu, beliau berkata, terserah kepada agensi itu untuk menentukan keputusannya.

“Usul itu sudah diterima sebulat suara dan selepas ini UMNO akan menulis surat kepada ROS untuk mendapatkan kelulusan. Itulah dari segi prosedurnya,” kata Naib Presiden UMNO itu.

Ditanya dakwaan perlunya kelulusan ROS terhadap pindaan itu, beliau berkata, terserah kepada agensi itu untuk menentukan keputusannya.

“Usul itu sudah diterima sebulat suara dan selepas ini UMNO akan menulis surat kepada ROS untuk mendapatkan kelulusan. Itulah dari segi prosedurnya,” katanya.

Related posts

Leave a Comment