SINGAPURA 14 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,383 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari Sabtu ini terdiri daripada 3,285 jangkitan tempatan dan 98 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,240,233 dengan jumlah kematian kekal 1,362 tanpa kematian baharu direkodkan. Sebanyak 2,992 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Daripada jumlah kes Protokol 2 itu, sebanyak 2,916 adalah jangkitan tempatan dan 76 kes import sementara 391 kes…
Read MoreDay: May 14, 2022
Brunei Darussalam catat kenaikan kes
BERAKAS 14 Mei – Brunei Darussalam hari ini mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 kepada 275 berbanding 270 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 144,411. Menteri Dalam Negeri Abu Bakar Apong berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 266 adalah hasil Ujian ART dan sembilan kes lagi hasil daripada 453 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap mewakili Menteri Kesihatan pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes direkodkan dalam Kategori 5, dan Kategori 4.…
Read MoreMBZ dilantik Presiden UAE
ABU DHABI 14 Mei – Pemimpin de-facto Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Putera Mahkota Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, dilantik Presiden UAE hari ini, berikutan pemergian Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan, 73, semalam. Sheikh Mohamed bin Zayed dilantik oleh Majlis Agung Persekutuan, selepas sekian lama melakukan tugas pentadbiran dari belakang tabir, sejak abang tirinya uzur. Semalam, jenazah Sheikh Khalifa Zayed selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Al Bateen di Abu Dhabi. Menurut laporan media, Sheikh Mohamed bin Zayed dan pemimpin kanan kerajaan menunaikan solat jenazah di Masjid Pertama Sheikh Sultan bin…
Read MoreMalaysia 10 negara bahaya memandu
PUTRAJAYA 14 Mei – Malaysia antara 10 negara di dunia yang paling berbahaya untuk memandu, iaitu di kedudukan kelapan dengan skor keselamatan direkodkan hanya 5.63 daripada 10. Berdasarkan data dikeluarkan firma pendidikan pemanduan antarabangsa, Zutobi, Malaysia juga merekodkan skor 22.5 kematian lalu lintas bagi setiap 100,000 penduduknya, kedua tertinggi selepas Thailand yang merekodkan skor 32.3. Bagaimanapun, Malaysia merekodkan kadar terendah iaitu skor 1.0 dari 10 negara lain, yang merekodkan kes kematian akibat kemalangan disebabkan penggunaan alkohol. Data itu menunjukkan negara paling berbahaya untuk memandu adalah Afrika Selatan, yang setakat ini mempunyai…
Read MoreKes harian kekal lebih 3,000
PUTRAJAYA 14 Mei – Kes harian Covid-19 di negara ini kekal melepasi 3,000 untuk tiga hari berturut-turut dengan 3,029 kes baharu direkodkan setakat malam tadi berbanding 3,410 kelmarin dan 3,321 pada Rabu. Menerusi laman sesawang COVIDNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,473,500 dengan 28,734 daripadanya dikategorikan sebagai kes aktif. Data itu turut memaklumkan kesemua kes penularan harian adalah membabitkan kes penularan tempatan dengan jumlah kes sembuh sebanyak 1,116 kes. Sebanyak 27,358 kes atau 95.2 peratus sedang menjalani kuarantin wajib di rumah, 1,311 kes (4.6 peratus) sedang…
Read MoreBerita pilihan…
Kadar kebolehjangkitan 1.18
PUTRAJAYA 14 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara terus meningkat semalam apabila merekodkan bacaan 1.18 berbanding 1.14 kelmarin. Bagaimanapun tiada negeri mengatasi atau menyamai angka itu dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.13. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, melalui Facebooknya, kadar Rt di Melaka pula ialah 0.96, Kelantan 0.94 manakala Pulau Pinang dan Sabah masing-masing 0.93 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.91. Ini diikuti Negeri Sembilan 0.88, Kedah 0.86, Johor 0.86, Pahang 0.84, Perak 0.84, Terengganu 0.82, Selangor 0.75, Sarawak 0.74, Sementara…
Read More1 juta kanak-kanak lengkap vaksinasi
PUTRAJAYA 14 Mei – Lebih 1 juta kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Menurut laman web COVIDNOW, sepanjang semalam, sebanyak 24,599 lagi kanak-kanak mendapatkan dos kedua yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,019,609 atau 28.7 peratus lengkap menerima vaksin di bawah PICKids. Seramai 1,617,807 kanak-kanak (45.5 peratus) daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, 2,902,847 (93.3 peratus) telah menerima vaksinasi penuh manakala 3,000,780 (96.4 peratus) menerima sekurang-kurangnya…
Read More