Singapura lapor 3,383 kes baharu

SINGAPURA 14 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,383 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari Sabtu ini terdiri daripada 3,285 jangkitan tempatan dan 98 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,240,233 dengan jumlah kematian kekal 1,362 tanpa kematian baharu direkodkan.

Sebanyak 2,992 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Daripada jumlah kes Protokol 2 itu, sebanyak 2,916 adalah jangkitan tempatan dan 76 kes import sementara 391 kes disahkan menerusi ujian PCR yang melibatkan 369 jangkitan tempatan dan 22 kes import.

Sebanyak 260 pesakit masih dirawat di hospital, turun berbanding 266 semalam di mana 31 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan lapan dipantau rapi di ICU sementara seramai 3,755 pesakit dibenarkan kelu

Sementara itu kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.42, jatuh berbanding 1.48 semalam.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin merosot.

Mengenai vaksinasi, setakat semalam, sebanyak 96 peratus penduduk Singapura yang layak divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment