1 juta kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 14 Mei – Lebih 1 juta kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW, sepanjang semalam, sebanyak 24,599 lagi kanak-kanak mendapatkan dos kedua yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,019,609 atau 28.7 peratus lengkap menerima vaksin di bawah PICKids.

Seramai 1,617,807 kanak-kanak (45.5 peratus) daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, 2,902,847 (93.3 peratus) telah menerima vaksinasi penuh manakala 3,000,780 (96.4 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam tempoh sama, sejumlah 16,060,675 (68.3 peratus) golongan dewasa menerima dos penggalak manakala 22,970,710 (97.6 peratus) lengkap dua dos dan 23,246,079 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan sebanyak lima kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan dua kes dilaporkan di Selangor dan masing-masing satu kes di Perlis, Pulau Pinang dan Sabah.

Related posts

Leave a Comment