Kes harian kekal lebih 3,000

PUTRAJAYA 14 Mei – Kes harian Covid-19 di negara ini kekal melepasi 3,000 untuk tiga hari berturut-turut dengan 3,029 kes baharu direkodkan setakat malam tadi berbanding 3,410 kelmarin dan 3,321 pada Rabu.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,473,500 dengan 28,734 daripadanya dikategorikan sebagai kes aktif.

Data itu turut memaklumkan kesemua kes penularan harian adalah membabitkan kes penularan tempatan dengan jumlah kes sembuh sebanyak 1,116 kes.

Sebanyak 27,358 kes atau 95.2 peratus sedang menjalani kuarantin wajib di rumah, 1,311 kes (4.6 peratus) sedang menerima rawatan di hospital; sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Di samping itu 33 kes lagi di ICU, tetapi tidak memerlukan alat bantuan pernafasan serta hanya 23 kes yang berada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, sebanyak lima lagi kematian dilaporkan setakat malam tadi dengan satu daripadanya membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) menjadikan jumlah kematian keseluruhan meningkat kepada 35,607 kes dengan 7,540 kes berkenaan berada dalam kategori kes BID.

Related posts

Leave a Comment