Kadar kebolehjangkitan 1.18

PUTRAJAYA 14 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara terus meningkat semalam apabila merekodkan bacaan 1.18 berbanding 1.14 kelmarin.

Bagaimanapun tiada negeri mengatasi atau menyamai angka itu dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.13.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, melalui Facebooknya, kadar Rt di Melaka pula ialah 0.96, Kelantan 0.94 manakala Pulau Pinang dan Sabah masing-masing 0.93 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.91.

Ini diikuti Negeri Sembilan 0.88, Kedah 0.86, Johor 0.86, Pahang 0.84, Perak 0.84, Terengganu 0.82, Selangor 0.75, Sarawak 0.74,

Sementara itu Perlis pula merekodkan lapan kes dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak tiga kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment