Singapura larang The Kashmir Files

SINGAPURA 9 Mei – Filem Hindi berjudul The Kashmir Files tidak akan ditayangkan di Singapura selepas pihak berkuasa yang menilai filem itu mendapati ianya ‘melampaui’ garis panduan klasifikasi filem. Demikian menurut Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dalam satu kenyataan bersama Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA). Filem itu antara lain mengisahkan mengenai penganut Hindu yang meninggalkan secara beramai-ramai wilayah majoriti Muslim Kashmir yang dipertikaikan. Ditayangkan di India pada Mac, ia merupakan kisah fiksyen seorang mahasiswa universiti yang mendapat tahu bahawa ibu bapanya yang beragama…

Read More

565 kes harian di Arab Saudi

JEDDAH 9 Mei – Arab Saudi merekodkan 565 kes baharu Covid-19 hari ini, jumlah kes harian tertinggi direkodkan sejak 28 Februari lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini 755,980 dengan satu kematian dilaporkan menjadi 9,104 orang meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 114 pesakit sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 742,677 atau 98.4 peratus daripada jumlah kes yang direkodkan. Sementara itu, kadar vaksinasi yang direkodkan negara itu adalah 64.59 juta dos.

Read More

2,271 kes baharu Singapura

SINGAPURA 9 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,271 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan  2,173‬ jangkitan tempatan dan 98 kes import. Jumlah kematian pula kekal 1,352 selepas tiada kes baharu direkodkan manakala  jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 1,220,193 orang dijangkiti Covid-19. Sebanyak 2,037 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu kes pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes ini terdiri daripada 1,951‬ jangkitan tempatan dan 86 kes import…

Read More

Rajapaksa letak jawatan PM

COLOMBO 9 Mei – Perdana Menteri Sri Lanka Mahinda Rajapaksa meletak jawatan hari ini selepas berpuluh-puluh orang dimasukkan ke hospital apabila penyokongnya dengan bersenjatakan kayu menyerang penunjuk perasaan. Jurucakap Rajapaksa, Rohan Wewiwita berkata pemimpin berusia 76 tahun itu menyerahkan surat meletak jawatan kepada adiknya, Presiden Gotabaya Rajapaksa, membuka jalan bagi “pemerintah perpaduan baharu “. “Saya meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta supaya anda boleh melantik pemerintah semua parti untuk membawa negara ini keluar daripada krisis ekonomi sekarang,” kata perdana menteri itu dalam sepucuk surat. Parti pembangkang terbesar di negara itu sebelum…

Read More

Jangan padam TraceTogether

SINGAPURA 9 Mei – Orang ramai tidak seharusnya memadam aplikasi TraceTogether atau membuang token mereka kerana langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi negara akan dipertingkatkan jika perlu. Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata, pemerintah mengambil sikap berhati-hati, ‘melonggarkan tetapi tidak menarik balik sepenuhnya’ langkah-langkah kesihatan awam. “Jika keadaan memerlukan, kita perlu mempertingkatkan (langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi), dan mengaktifkan semula TraceTogether dan SafeEntry,” katanya di Parlimen hari ini. Beliau menambah bahawa ini bergantung kepada betapa buruknya keadaan dan “berdasarkan pertimbangan”. “Kita perlu mengambil kira sama ada terdapat varian baru…

Read More

Thailand catat 6,488 kes baharu

BANGKOK 9 Mei – Thailand merekodkan 6,488 kes baharu Covid-19, angka yang menunjukkan penurunan berbanding 8,081 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini 4,331,338 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 55 kematian baharu direkodkan berbanding 54 semalam yang menjadikan jumlah kumulatif 29,143 orang meninggal dunia akibat pandemik itu. Daripada 6,488 kes baharu, sebanyak 6,482 adalah kes dalam kalangan penduduk awam, dua dalam kalangan banduan dan empat kes import iaitu satu dari Australia dan tiga Myanmar. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 12,755 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar…

Read More

Emas keempat Sukan SEA Vietnam

HANOI 9 Mei – Skuad terjun negara meneruskan aksi cemerlang pada temasya Sukan SEA ke-31 Vietnam 2021 selepas Wendy Ng dan Ong Ker Ying menyumbang emas keempat buat negara, hari ini. Gandingan skuad terjun wanita negara itu mencatatkan jumlah 276.30 mata keseluruhan dalam acara 3m papan anjal seirama wanita. Terdahulu atlet terjun lelaki negara, Ooi Tze Liang menjadi individu yang menyumbang pingat emas ketiga buat negara selepas mempamerkan aksi cemerlang bagi acara 1 meter papan anjal individu. Pencapaian Tze Liang di Sukan SEA Hanoi itu juga merupakan emas keduanya pada…

Read More

Kes harian Brunei Darussalam meningkat

BERAKAS 9 Mei  – Brunei Darussalam terus mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 hari  ini dengan merekodkan 249 berbanding 231 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 143,107. Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 236 adalah hasil Ujian ART dan 13 kes lagi hasil daripada 429 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif…

Read More

Covid-19: Penurunan kes ke hospital

PUTRAJAYA 9 Mei – Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 27 peratus pada Minggu Epidemiologi (ME) 18/2022 berbanding minggu sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagi jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk juga menunjukkan penurunan sebanyak 50 peratus bagi kes kategori satu hingga lima. “Secara keseluruhan, peratus pengisian katil fasiliti Covid-19 menurun pada ME 18/2022 berbanding minggu sebelumnya, iaitu penggunaan katil bukan kritikal menurun sebanyak 21 peratus dan penggunaan…

Read More

Hospital Kajang catat sejarah

KAJANG 9 Mei –  Hospital Kajang di sini mencatatkan sejarah semalam apabila buat julung kali berjaya melaksanakan prosedur pendermaan organ. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan turut merakamkan penghargaan kepada keluarga penderma. “Pendermaan organ merupakan anugerah kehidupan yang sangat bernilai kerana ia bukan sahaja memberikan kualiti hidup yang lebih baik, malah menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan fungsi organ,” katanya. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara lebih lanjut mengenai pendermaan organ itu. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Tissue & Organ Procurement (TOP) Team, Jabatan Anestesiologi &…

Read More