Thailand catat 6,488 kes baharu

BANGKOK 9 Mei – Thailand merekodkan 6,488 kes baharu Covid-19, angka yang menunjukkan penurunan berbanding 8,081 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini 4,331,338 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 55 kematian baharu direkodkan berbanding 54 semalam yang menjadikan jumlah kumulatif 29,143 orang meninggal dunia akibat pandemik itu.

Daripada 6,488 kes baharu, sebanyak 6,482 adalah kes dalam kalangan penduduk awam, dua dalam kalangan banduan dan empat kes import iaitu satu dari Australia dan tiga Myanmar.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 12,755 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 4,217,238 orang.

Sementara itu Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,865 diikuti Buri Ram 273, Surin 226, Roi Et 223, Chon Buri 197, Samut Prakan 187, Ubon Ratchathani 181, Nakhon Ratchasima 143, Khon Kaen 129 dan Sakon Nakhon 127.

Related posts

Leave a Comment