2,271 kes baharu Singapura

SINGAPURA 9 Mei – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,271 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan  2,173‬ jangkitan tempatan dan 98 kes import.

Jumlah kematian pula kekal 1,352 selepas tiada kes baharu direkodkan manakala  jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 1,220,193 orang dijangkiti Covid-19.

Sebanyak 2,037 kes baharu Protokol 2 direkodkan iaitu kes pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes ini terdiri daripada 1,951‬ jangkitan tempatan dan 86 kes import manakala 234 kes lagi yang disahkan menerusi ujian PCR terdiri daripada 222 jangkitan tempatan manakala 12 adalah kes import.

Sementara itu, seramai 241 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 240 semalam di mana 27 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, enam dipantau rapi di ICU dan 3,070 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Setakat semalam, sebanyak 92 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment