Emas keempat Sukan SEA Vietnam

HANOI 9 Mei – Skuad terjun negara meneruskan aksi cemerlang pada temasya Sukan SEA ke-31 Vietnam 2021 selepas Wendy Ng dan Ong Ker Ying menyumbang emas keempat buat negara, hari ini.

Gandingan skuad terjun wanita negara itu mencatatkan jumlah 276.30 mata keseluruhan dalam acara 3m papan anjal seirama wanita.

Terdahulu atlet terjun lelaki negara, Ooi Tze Liang menjadi individu yang menyumbang pingat emas ketiga buat negara selepas mempamerkan aksi cemerlang bagi acara 1 meter papan anjal individu.

Pencapaian Tze Liang di Sukan SEA Hanoi itu juga merupakan emas keduanya pada acara kali ini selepas tampil unggul pada acara 3-meter papan anjal seirama hasil gandingan bersama Chew Yi Wei, pada Ahad.

Related posts

Leave a Comment