Kes harian Brunei Darussalam meningkat

BERAKAS 9 Mei  – Brunei Darussalam terus mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 hari  ini dengan merekodkan 249 berbanding 231 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 143,107.

Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 236 adalah hasil Ujian ART dan 13 kes lagi hasil daripada 429 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Bagaimanapun dua kes direkodkan dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 30  kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 141,836nmanakala jumlah kes aktif pula sebanyak 1,052 kes, iaitu 26 kes sedang dirawat di hospital, manakala 1,026 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu semua pusat vaksinasi tidak beroperasi semalam dan jumlah sebelum ini kekal iaitu 1,708 dos vaksin diberikan kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun menjadikan jumlah keseluruhan 24,530  orang atau 57.2 peratus.

Sebanyak 1,194 lagi dos kedua diberikan kepada kumpulan kanak-kanak ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 3,582 dos atau 8.3 peratus.

Bagi penduduk dewasa pula jumlah yang menerima tiga dos meningkat kepada 66.3 peratus.

Related posts

Leave a Comment