3,420 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 6 Mei – Selepas mencatatkan hampir 5,000 kes harian semalam, Singapura hari ini merekodkan 3,420 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari menjadikan jumlah keseluruhan 1,212,337. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), daripada jumlah kes harian itu, sebanyak  3,201‬ adalah jangkitan tempatan dan 219 kes import. Dua kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,346 orang telah meninggal dunia akibat Covid-19. Sebanyak 2,941 kes baharu Protokol 2 dilaporkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes baharu itu…

Read More

Indonesia catat 245 kes baharu Covid-19

JAKARTA 6 Mei – Sebanyak 245 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini yang meliputi 232 kes tempatan dan 13 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,047,986 kes. Di samping itu, sebanyak 101 kes aktif dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif meningkat kepada 6,530 manakala 17 pesakit dilaporkan meninggal dunia dengan jumlah kumulatifnya 156,357 orang. Angka kesembuhan pula meningkat kepada 5,885,099 orang apabila 329 lagi dilaporkan sembuh yang meliputi 321 kes tempatan dan lapan kes import. Sementara itu angka tertinggi kesembuhan adalah Jakarta (122 orang), diikuti Jawa Barat (40), Jawa…

Read More

153 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 6 Mei  – Brunei Darussalam merekodkan 153 kes baharu Covid-19 hari ini, meningkat sedikit berbanding 146 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 142,465. Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, satu kematian direkodkan tetapi tidak dikategorikan sebagai kematian akibat pandemik menjadikan jumlah keseluruhan kematian kekal 95 orang Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 137 adalah hasil Ujian ART dan 16 kes adalah hasil daripada 550 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara…

Read More

India bantah laporan kematian WHO

NEW DELHI: India menyangkal laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyatakan angka kematian akibat Covid-19 di negara itu 10 kali ganda berbanding angka rasmi. Menurut laporan WHO , wabak itu telah mengorbankan kira-kira 4.7 juta orang di India sehingga penghujung 2021. WHO menganggarkan jumlah kematian di seluruh dunia dikaitkan secara langsung atau tidak langsung akibat pandemik Covid-19 sejak Januari 2020 hingga Disember 2021 adalah kira-kira 14.9 juta, tiga kali ganda berbanding angka rasmi yang dilaporkan. Kebanyakan kematian tidak langsung tertumpu di kawasan Asia Selatan dan Timur, Eropah, dan Amerika, manakala…

Read More

Berbesar hati diberi anugerah kebesaran

PERDANA Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berbesar hati diberi penghormatan menerima darjah kebesaran Johor, Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), yang membawa gelaran Datuk. Beliau gembira kerana berpeluang menghadap Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah, setelah dua tahun sempadan negara ditutup sebahagiannya untuk hampir dua tahun. “Johor ialah pintu masuk penting antara Singapura dan Malaysia, dan kededuanya mempunyai hubungan istimewa. “Saya gembira kita telah bertindak secara tegas untuk hidup bersama Covid-19 dan menyambung semula jalinan kita, agar orang ramai…

Read More

68.2 peratus ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 6 Mei – Sejumlah 881,602 atau 24.8 peratus kanak-kanak berumur lima dan 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam. Sepanjang semalam, 7,063 kanak-kanak tampil mendapatkan dos kedua manakala 1,698 mendapatkan dos pertama menjadikan 1,538,685 kanak-kanak atau 43.3 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Menurut laman web COVIDNOW, bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,895,394 atau 93.1 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,993,097 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Dalam masa sama, sejumlah…

Read More

Kes harian Covid-19 meningkat

PUTRAJAYA 6 Mei – Sebanyak 1,278 lagi kes baharu dilaporkan, meningkat sedikit berbanding 1,054 semalam menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini mencecah 4,454,113. Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia di portal COVIDNOW, hanya tiga kes import dilaporkan pada Khamis, manakala kes selebihnya adalah penularan tempatan. Selangor merekodkan 719 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 152 dan Melaka 76 manakala kes terendah di Wilayah Persekutuan Labuan satu kes Putrajaya tiga kes. Sementara itu, dua kes kematian baharu direkodkan akibat Covid-19 setakat tengah malam Khamis menjadikan angka keseluruhan meninggal dunia kini 35,569…

Read More

Datuk Lee Hsien Loong

JOHOR BAHRU 6 Mei – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan darjah kebesaran tertinggi Istana Johor kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Majlis pengurniaan darjah kebesaran itu diadakan dengan penuh istiadat dan berlangsung di Istana Besar Johor, hari ini. Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Datuk kepada Perdana Menteri Singapura. Pada majlis istiadat yang sama, Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama, Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim…

Read More

Debat Anwar – Najib di MATIC

KUALA LUMPUR 6 Mei – Lokasi debat perdana antara ketua pembangkang, Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri,  Najib Razak yang dijadual 12 Mei depan akan berlangsung di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC). Dalam satu kenyataan dikeluarkan pejabat kedua-kedua pemimpin berkenaan hari ini, mereka memaklumkan lokasi baharu itu diputuskan hasil persetujuan kedua-dua pihak. “Pihak Anwar dan Najib sudah mengadakan perbincangan dan mencapai kata sepakat, tempat penganjuran debat perdana. “Dengan ini dimaklumkan kedua-dua pihak bersetuju memilih Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur sebagai lokasi penganjuran debat pada 12 Mei 2022, pada…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.53

PUTRAJAYA 5 Mei – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun lagi kepada 0.53 berbanding 0.54 kelmarin. Tiada negeri merekodkan kadar sama atau di bawah 0.53 dengan Pulau Pinang merekodkan kadar tertinggi iaitu 0.76 berbanding 0.95 kelmarin. Ini diikuti Melaka 0.75, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.74 dan Sabah 0.71. Perak dan Sarawak masing-masing merekodkan 0.66 manakala Negeri Sembilan dan Kedah masing-masing 0.65 diikuti Johor 0.62, dan Selangor 0.60. Sementara itu Kelantan merekodkan 19 kes, Terengganu 18 kes, Pahang 9,  Perlis 7, Wilayah Persekutuan Putrajaya 3 dan Wilayah…

Read More