Kadar kebolehjangkitan 0.53

PUTRAJAYA 5 Mei – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun lagi kepada 0.53 berbanding 0.54 kelmarin.

Tiada negeri merekodkan kadar sama atau di bawah 0.53 dengan Pulau Pinang merekodkan kadar tertinggi iaitu 0.76 berbanding 0.95 kelmarin.

Ini diikuti Melaka 0.75, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.74 dan Sabah 0.71.

Perak dan Sarawak masing-masing merekodkan 0.66 manakala Negeri Sembilan dan Kedah masing-masing 0.65 diikuti Johor 0.62, dan Selangor 0.60.

Sementara itu Kelantan merekodkan 19 kes, Terengganu 18 kes, Pahang 9,  Perlis 7, Wilayah Persekutuan Putrajaya 3 dan Wilayah Persekutuan Labuan 1.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment