Kes harian Covid-19 meningkat

PUTRAJAYA 6 Mei – Sebanyak 1,278 lagi kes baharu dilaporkan, meningkat sedikit berbanding 1,054 semalam menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini mencecah 4,454,113.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia di portal COVIDNOW, hanya tiga kes import dilaporkan pada Khamis, manakala kes selebihnya adalah penularan tempatan.

Selangor merekodkan 719 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 152 dan Melaka 76 manakala kes terendah di Wilayah Persekutuan Labuan satu kes Putrajaya tiga kes.

Sementara itu, dua kes kematian baharu direkodkan akibat Covid-19 setakat tengah malam Khamis menjadikan angka keseluruhan meninggal dunia kini 35,569 orang daripada 4.4 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Daripada jumlah tersebut, tiada kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dilaporkan.

Terdapat 27,454 kes aktif Covid-19 di seluruh negara melibatkan seramai 26,40 individu dikuarantin di rumah manakala 17 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data KKM itu turut menunjukkan 964 kes dirawat di hospital dan 66 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Related posts

Leave a Comment