Berbesar hati diberi anugerah kebesaran

PERDANA Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berbesar hati diberi penghormatan menerima darjah kebesaran Johor, Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), yang membawa gelaran Datuk.

Beliau gembira kerana berpeluang menghadap Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah, setelah dua tahun sempadan negara ditutup sebahagiannya untuk hampir dua tahun.

“Johor ialah pintu masuk penting antara Singapura dan Malaysia, dan kededuanya mempunyai hubungan istimewa.

“Saya gembira kita telah bertindak secara tegas untuk hidup bersama Covid-19 dan menyambung semula jalinan kita, agar orang ramai boleh merentas Koswe untuk berhubung semula dengan keluarga dan rakan, seperti yang saya lakukan hari ini,” kata Lee dalam satu kiriman di Facebook hari ini.

Lee juga dijangka menyambut Sultan Ibrahim yang akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura tahun ini.

Dalam majlis istiadat yang sama itu, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Datuk Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada isteri Lee, Cik Ho Ching, yang membawa gelaran Datin Paduka.

Cik Ho Ching merupakan warga Singapura pertama menerima gelaran itu itu.

Related posts

Leave a Comment