68.2 peratus ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 6 Mei – Sejumlah 881,602 atau 24.8 peratus kanak-kanak berumur lima dan 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Sepanjang semalam, 7,063 kanak-kanak tampil mendapatkan dos kedua manakala 1,698 mendapatkan dos pertama menjadikan 1,538,685 kanak-kanak atau 43.3 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Menurut laman web COVIDNOW, bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,895,394 atau 93.1 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,993,097 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam masa sama, sejumlah 16,038,512 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak apabila 1,623 lagi individu tampil mendapatkan dos berkenaan semalam.

Bagi kumpulan yang sama, sebanyak 22,967,541 atau 97.6 peratus lengkap dua dos dan 23,243,696 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 11,121 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 1,959 dos pertama, 7,539 dos kedua dan 1,623 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,345,153.

Related posts

Leave a Comment