Indonesia catat 245 kes baharu Covid-19

JAKARTA 6 Mei – Sebanyak 245 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini yang meliputi 232 kes tempatan dan 13 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,047,986 kes.

Di samping itu, sebanyak 101 kes aktif dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif meningkat kepada 6,530 manakala 17 pesakit dilaporkan meninggal dunia dengan jumlah kumulatifnya 156,357 orang.

Angka kesembuhan pula meningkat kepada 5,885,099 orang apabila 329 lagi dilaporkan sembuh yang meliputi 321 kes tempatan dan lapan kes import.

Sementara itu angka tertinggi kesembuhan adalah Jakarta (122 orang), diikuti Jawa Barat (40), Jawa Timur (29), Jawa Tengah (25) serta Banten (16).

Bagi kes positif pula, DKI Jakarta merekodkan 89 kes menjadikan jumlah keseluruhan 1,248,180, diikuti  Jawa Barat (31), Jawa Timur (24), Banten (20), serta Jawa Tengah 18 kes dengan kumulatifnya 627,153 kes.

Pada hari ini juga lima provinsi yang menambah kematian adalah Jawa Tengah yang merekodkan 12 kes, dua kes di Jawa Timur dan masing-masing satu kes di Jakarta, Nusa Tenggara dan Jambi.

Bagi program vaksinasi pula, setakat ini 199,346,528 menerima dos pertama, diikuti penerima dos kedua sebanyak 165,613,761 orang manakala dos ketiga kini mencapai 40,967,039 orang.

Related posts

Leave a Comment