153 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 6 Mei  – Brunei Darussalam merekodkan 153 kes baharu Covid-19 hari ini, meningkat sedikit berbanding 146 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 142,465.

Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, satu kematian direkodkan tetapi tidak dikategorikan sebagai kematian akibat pandemik menjadikan jumlah keseluruhan kematian kekal 95 orang

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 137 adalah hasil Ujian ART dan 16 kes adalah hasil daripada 550 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes dalam Kategori 5, iaitu yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Bagaimanapun satu kes direkodkan dalam Kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 91 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 141,631 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 648 kes, iaitu sembilan kes sedang dirawat di hospital, manakala 639 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Sementara itu bagi program vaksinasi pula, sebanyak 1,133 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun semalam, 5 Mei menjadikan jumlah keseluruhan 22,753  orang atau 53.0  peratus.

Sebanyak 359 lagi dos kedua diberikan kepada kumpulan kanak-kanak ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 2,384 dos atau 5.6 peratus.

Bagi penduduk dewasa pula jumlah yang menerima tiga dos adalah kekal 65.8 peratus manakala 95.1 peratus bagi dos pertama.

Related posts

Leave a Comment