3,420 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 6 Mei – Selepas mencatatkan hampir 5,000 kes harian semalam, Singapura hari ini merekodkan 3,420 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari menjadikan jumlah keseluruhan 1,212,337.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), daripada jumlah kes harian itu, sebanyak  3,201‬ adalah jangkitan tempatan dan 219 kes import.

Dua kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,346 orang telah meninggal dunia akibat Covid-19.

Sebanyak 2,941 kes baharu Protokol 2 dilaporkan iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes baharu itu terdiri daripada 2,742 jangkitan tempatan dan 199 kes import.

Sebanyak 479 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR di mana 459 adalah jangkitan tempatan manakala 20 adalah kes import.

Menurut MoH, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.88, naik berbanding 0.82 semalam.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru Covid-19 semakin merosot.

Sementara itu, seramai 244 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 231 semalam di mana 24 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, lima dipantau rapi di ICU manakala 1,770 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat semalam, 5 Mei, sebanyak 92 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Mengikut pecahan, 93 peratus baru menerima satu dos, 92 peratus lengkap dua dos dan 74 peratus sudah disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment