Kadar kebolehjangkitan 0.62

PUTRAJAYA 3 Mei – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam naik kepada 0.62 berbanding 0.60 kelmarin.

Lapan negeri merekodkan kadar melebihi 0.62 didahului Melaka 0.83 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada kadar 0.82.

Ini diikuti Pulau Pinang 0.79, Sarawak dan Negeri Sembilan masing-masing 0.73 dan Perak 0.72 manakala Selangor dan Johor masing-masing 0.66.

Sementara itu Kedah mencatatkan 17 kes, Kelantan 15 kes diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sabah dan Terengganu masing-masing 14 kes.

Pahang pula merekodkan 11 kes, manakala Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing satu kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment