Day: October 20, 2026
58 maut, lebih 200 cedera
SANAA – Serangan dilancarkan kumpulan Houthi terhadap kem latihan pasukan keselamatan kerajaan di wilayah Shabwa, Yaman, pada Isnin membunuh sekurang-kurangnya 58 orang manakala lebih 200 lagi cedera. Gabenor Awad al-Wazir berkata, 14 lagi individu masih hilang selepas kem Al-Alam dibedil Houthi susulan serangan oleh kumpulan yang bersekutu dengan Iran itu dilancarkan ketika pertempuran semakin memuncak . Shabwa, wilayah yang kaya dengan sumber tenaga di kawasan pesisir selatan-tengah Yaman menghadap Teluk Aden, menempatkan kemudahan gas asli cecair (LNG) Balhaf, pelaburan perindustrian terbesar di negara itu. Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree, berkata…
Read MoreIndonesia siasat penglibatan pihak asing
JAKARTA – Polis Indonesia mengesahkan daripada 98 kes korporat berkaitan kebakaran hutan dan tanah yang kini dalam siasatan, terdapat pembabitan pihak asing, termasuk dari negara jiran. Ketua Polis Negara Jeneral Suyudi Ario Seto berkata Badan Penyiasatan Jenayah (Bareskrim) sedang berusaha mengenal pasti bentuk pembabitan itu serta pihak yang bertanggungjawab. “Kita masih menentukan kes yang babitkan pelaburan asing atau pihak asing dan yang tidak,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet Terhad bersama Presiden Prabowo Subianto semalam. Suyudi berkata penyiasat sedang mengumpul bukti dan dijangka menamakan suspek tidak lama lagi, termasuk…
Read More