870,852 kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 3 Mei – Seramai 870,852 atau 24.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia sudah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, 1,489 tampil mendapatkan vaksin berkenaan semalam manakala 225 mendapatkan dos pertama menjadikan 1,536,766 atau 43.3 peratus kanak-kanak menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,894,677 atau 93 peratus sudah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,992,330 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,035,896 atau 68.2 peratus golongan dewasa menerima dos penggalak apabila 334 lagi mendapatkan dos penggalak semalam.

Bagi kumpulan dewasa juga seramai 22,967,237 atau 97.6 peratus lengkap dua dos dan 23,243,478 atau 98.8 peratus sekurang-kurangnya menerima satu dos vaksin.

Sebanyak 2,197 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam membabitkan 278 dos pertama, 1,585 dos kedua dan 334 dos penggalak menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,328,056.

Related posts

Leave a Comment