Kekalkan kemenangan yang dicapai

SINGAPUR 3 Mei – Kemenangan yang sudah dicapai bersama hasil dari ujian yang lalu harus dikekalkan, bahkan diperkuatkan, agar tidak sia-sia segala pengorbanan, kata Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir hari ini. Melalui khutbah Aidilfitri bertajuk ‘Mencari Kemenangan yang Berkekalan’, beliau menyeru agar sifat empati dan rahmah, yang dipelajari dan diterapkan ke dalam diri sepanjang pandemik Covid-19, diteruskan sekalipun kehidupan bertambah baik. Antara sifat-sifat yang menyerlah sepanjang dua tahun lalu termasuk menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan, pegawai dan sukarelawan yang menjaga keselamatan institusi-institusi masyarakat dan agama seperti masjid-masjid kita. “Janganlah…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.62

PUTRAJAYA 3 Mei – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam naik kepada 0.62 berbanding 0.60 kelmarin. Lapan negeri merekodkan kadar melebihi 0.62 didahului Melaka 0.83 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada kadar 0.82. Ini diikuti Pulau Pinang 0.79, Sarawak dan Negeri Sembilan masing-masing 0.73 dan Perak 0.72 manakala Selangor dan Johor masing-masing 0.66. Sementara itu Kedah mencatatkan 17 kes, Kelantan 15 kes diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sabah dan Terengganu masing-masing 14 kes. Pahang pula merekodkan 11 kes, manakala Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing satu kes. Nilai…

Read More

870,852 kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 3 Mei – Seramai 870,852 atau 24.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia sudah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Berdasarkan laman web COVIDNOW, 1,489 tampil mendapatkan vaksin berkenaan semalam manakala 225 mendapatkan dos pertama menjadikan 1,536,766 atau 43.3 peratus kanak-kanak menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,894,677 atau 93 peratus sudah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,992,330 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sejumlah 16,035,896 atau 68.2 peratus golongan dewasa menerima dos penggalak…

Read More

Junjung ziarah Hari Raya Aidilfitri

LBANDAR SERI BEGAWAN -Sultan Brunei Darussalam berkenan menerima menghadap dan junjung ziarah Hari Raya Aidilfitri bersama pembesar-pembesar negara, di Istana Nurul Iman, di sini.semalam, 2 Mei Junjung ziarah para pembesar negara dan diplomat itu diadakan selepas Sembahyang Sunat Aidilfitri, mencerminkan kemesraan dan ketulusan, dalam mengukuhkan hubungan serta melahirkan rasa muhibah yang sudah sekian lama terjalin.  Pada majlis tersebut, Sultan Hassanal Bolkiah dan Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain juga berkenan menerima sembah ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri.  Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, para pembesar negara…

Read More

Tiga kematian hepatitis akut

JAKARTA 3 Mei – Tiga kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital di Indonesia meninggal dunia akibat hepatitis akut pada April, sekali gus meningkatkan jumlah kematian global akibat penyakit hati misteri itu. Kanak-kanak itu dikesan mengalami simptom termasuk loya, muntah, cirit-birit berat, demam, jaundis, sawan dan tidak sedarkan diri. Justeru Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan semalam menggesa ibu bapa segera membawa anak-anak yang menunjukkan gejala berkenaan ke hospital. Kementerian sedang menjalankan panel ujian penuh untuk menentukan punca penyakit berkenaan dan telah mengeluarkan pekeliling untuk meningkatkan pengawasan di seluruh negara. Pada hujung minggu…

Read More

PM Lee: Kemeriahan terasa di Singapura

SINGAPURA 3 Mei – Selamat Hari Raya Aidilfitri! Kepada rakan-rakan Muslim kita, semoga anda menyambut Hari Raya dengan penuh riang dan gembira! Untuk semua, saya harap anda menikmati hujung minggu yang panjang ini! Demikian catatan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong melalui Facebooknya pada hari raya pertama tahun ini yang menurutnya terasa kemeriahan dan istimewa berikutan pelonggaran sekatan Covid-19. “Buat pertama kalinya sejak pandemik bermula, rakan-rakan Muslim kita dapat kembali ke keadaan yang hampir seperti sedia kala, dan berkumpul bersama keluarga dan sahabat-handai untuk meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Dua…

Read More

85 juta bergerak mudik lebaran

JAKARTA 3 Mei – Mudik lebaran atau cuti pulang ke kampung berhari raya tahun ini merekodkan sekurang-kurangnya pergerakan 85.5 juta orang dengan 23 juta kereta dan 17 juta motosikal. Presiden Indonesia Joko Widodo berkata, aliran pergerakan balik kampung berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kekangan di lapangan seperti di Pelabuhan Merak dan Bakauheni. “Akan tetapi kita tahu penyebabnya yaitu volume kendaraan yang tidak sebanding dengan kapasitas dermaga. Kapalnya sudah ditambah, dari 30-an menjadi 50-an, tetapi juga belum cukup. Saya kira dermaganya masih harus ditambah,” katanya? Dalam catatan Facebooknya Jokowi bertanyakan bagaimana…

Read More